Hari Ibu kini semakin hampir! Tarikh sambutan Hari Ibu di Malaysia serta hampir di seluruh dunia jatuh pada tarikh Ahad, 14 Mei 2023. Jadi sudahkah anda membuat penyediaan untuk mengaturkan hari yang paling istimewa dan hari yang penuh dengan kasih sayang untuk ibu anda?
Salah satu cara untuk memikat hati ibu adalah dengan pemberian hadiah! Tetapi apa pula jika ibu anda bukan jenis materialis atau minatnya kurang ketara untuk anda membuat keputusan hadiah apa untuk dibeli?
Namun, yang pasti adalah anda boleh menunjuk kasih sayang terhadap ibu dan menceriakan harinya di restoran-restoran pilihan kami yang sempurna untuk sambutan Hari Ibu!
Tetapi sebelum itu, mari kita ketahui dulu asal usul perayaan serta tarikh sambutan Hari Ibu!
1. Asal Usul Sambutan Hari Ibu 2. De.Wan 1958 by Chef Wan 3. Restoran Al-Rawsha 4. The Lemon Tree 5. Tim’s Teapot Terrace 6. AD Butcher & Steak |
Asal Usul Sambutan Hari Ibu
Ramai di kalangan kami tahu bahawa Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua setiap tahun. Tetapi apakah erti di sebalik konsep Hari Ibu ini mahupun tarikh sambutannya yang seolah-olah ditetapkan dengan sewenang-wenangnya?
Sambutan Hari Ibu atau Mother’s Day merupakan sambutan untuk menghargai dan menghormati ibu serta keibuan. Asal usulnya boleh ditelusuri kembali ke peradaban kuno seperti Greece dan Rome yang mengadakan perayaan untuk menghormati dewi-dewi maternal.
Di Amerika Syarikat, Mother’s Day diraikan untuk kali pertama pada tahun 1911 apabila Anna Jarvis menganjurkan perhimpunan untuk menghormati pengorbanan ibunya serta ibu-ibu di seluruh dunia.
Pada 1914 pula, ia dirasmikan bahawa tarikh sambutan hari ibu, iaitu pada hari ahad kedua bulan mei setiap tahun, juga menandakan cuti umum di seluruh Amerika.
Justeru, Malaysia dan hampir seluruh dunia turut mengikut tradisi yang ditubuhkan di Amerika dan mengisytiharkan tarikh sambutan Hari Ibu pada hari Ahad kedua di bulan Mei setiap tahun sebagai cuti umum.
Sambutan Hari Ibu di Malaysia lebih mengikut kepada tradisi barat melainkan tradisi esoterik di sesetengah negara di Asia seperti Mongolia yang menyambut 2 kali setahun. Oleh itu, tradisi memberi bunga (dipetik dari pemberian bunga kegemaran kepada ibu Anna Jarvis olehnya) serta tradisi bercorak komersial seperti pemberian hadiah dan makan luar sebagai simbol penghargaan kerap diamalkan di Malaysia.
1. De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc KL
Ke mana lagi patut anda membawa ibu kesayangan selain di restoran milik chef selebriti kegemaran ibu-ibu di Malaysia, Chef Wan! De.Wan merupakan pilihan terbaik, terutamanya untuk ibu dan bapa (kami tidak lupakan golongan ayah meskipun bukan Hari Ayah) yang menggemari masakan Melayu.
Aneka masakan dikaryai Chef Wan yang sering ditampilkan di rancangan-rancangan TV beliau tercermin dalam menunya yang disulami dengan unsur kontemporari, namun intipati aslinya turut terpelihara.
Walaupun harganya agak mahal, ia amat berbaloi sedangkan resipinya dipilih sendiri oleh Chef berstatus paling terkenal di Malaysia!
Tambahan lagi, menu De.Wan 1958 yang tiada penghujung keluasannya menawarkan pelbagai pakej yang sesuai untuk Sambutan Hari Ibu. Sedangkan tarikh Hari Ibu berlangsung serentak dengan bulan Syawal, anda masih boleh ambil kesempatan untuk memilih set menu Hari Raya yang merangkumi 3 set berbeza (RM1188 – RM1888+) untuk 8 ke 10 pax. Jika keluarga anda bersaiz sederhana pula, anda boleh memilih dari menu set keluarga untuk 4 ke 5 pax ataupun set high tea yang sangat sesuai untuk minum petang.
Maka, De.Wan 1958 merupakan pilihan premium untuk semua jenis perayaan, terutamanya sambutan Hari Ibu!
2. Restoran Al-Rawsha @ Kampung Pandan
Restoran Al-Rawsha adalah pilihan yang hebat bukan sahaja kerana ia dikenali dengan masakan Arab Lubnan malah estetiknya yang megah. Reka bentuknya serupa dengan istana ala Palmyra Castle dan reka bentuk dalamannya mengimbas kembali ke atmosfera berkilauan di Timur Tengah berabad-abad yang lalu.
Nikmati juadah di rantau Levant seperti menu klasik termasuk hummus dan tabbouleh, daging panggang berempah seperti kebab, ataupun menu nasi seperti nasi mandy, kabsah dan madghout yang sesuai dengan citarasa Melayu!
Oleh kerana ruang dalamannya yang sangat luas, Al-Rawsha memang sempurna untuk manjakan ibu bapa anda serta menyambut perayaan seperti hari lahir dan sudah tentunya Hari Ibu juga.
3. The Lemon Tree @ Tropicana
Menampilkan siling tinggi berkaca dan sepohon pokok Lemon yang dipamerkan di tengah-tengah kafe, kafe The Lemon Tree di Tropicana serta-merta mengagumkan dan ia semestinya kafe yang paling sesuai untuk menyambut Hari Ibu terutamanya jika beliau menghargai nilai estetik.
Keanggunan pastri manis serta savori dan juga kek pelbagaian jenis seperti Pistachio Croissant atau Peach Mille Feuille setanding dengan seni binanya yang semirip dengan Galerie Vivienne di Paris.
Suasana indah di The Lemon Tree membuatkan ia sempurna untuk menyambut secara berkecil-kecilan antara anda dan ibu.
4. Tim’s Teapot Terrace @ Taman Melawati
Tim’s Teapot adalah satu-satunya kafe di Malaysia yang bertema visual Old English yang mengekalkan keaslian ciri khas dari zaman tersebut.
Menu di sini turut kekal dengan tema ke-Inggerisannya dengan menawarkan pelbagai jenis teh, pencuci mulut, serta makanan keselesaan seperti lasagne. Hidangan istimewa di sini iaitu scones dan pelbagai pastri lain memang sesuai dimakan bersama pilihan teh mereka yang beraneka, dari English Breakfast ke teh bunga ros Inggeris.
Kami mengesyorkan bahawa Tim’s Teapot Terrace adalah pilihan bernas jika anda mahu minum petang secara intim bersama ibu kesayangan.
5. AD Butcher & Steak @ Bukit Jelutong
Selama bertahun-tahun ibu anda bertungkus-lumus mencuci dan memotong daging di dapur, alangkah indahnya kalau kita sebagai anak dapat membalas jasa mereka dengan pengalaman gastronomi tertumpu pada daging yang tidak boleh dilupakan?
Di AD Butcher & Steak, anda dan ibu kesayangan dapat menikmati daging stik premium; tetapi ini bukan stik biasa!
Stik di sini disediakan dengan teknik dikenali sebagai dry aged yang sedang menggempar dunia daging. Dry aged adalah teknik penuaan daging yang memberikan ia profil rasa yang berbeza. Tekstur stik yang telah melalui proses ini juga sangat lembut. Lebih-lebih lagi, daging-daging import yang dijual sini semua dijamin Halal!
Oleh itu, anda wajib membawa ibu ke restoran ini terutamanya jika dia seorang penggemar daging!
Hari Ibu adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua golongan ibu di dunia. Dunia ini tidak akan berputar tanpa kebaktian ibu.
Jadi, kami sebagai anak yang soleh harus membalas jasa mereka dengan pemberian hadiah atau mencipta memori yang akan kekal selamanya di restoran-restoran yang kami telah sediakan sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran terhadap ibu. Klik di sini jika anda mahu lebih cadangan restoran!
Hari Ibu disambut pada setiap bulan Mei. Tetapi, penghargaan kami terhadap ibu sepatutnya menyemberang batas ruang dan masa oleh kerana pengorbanan dan kasih sayang beliau yang tiada penghujungnya.
IQI mempunyai lebih dari 30,000 ejen hartanah di seluruh dunia. Melalui mod kerjasamanya yang khusus untuk ejen, ianya membantu mereka untuk berkembang bersama!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Tinggalkan butiran anda di bawah! Kami akan menghubungi dan membantu anda secepat mungkin.